31 December 2012

Welcome 2013 :)

Assalamualaikum w.b.t .
Di awal permulaan tahun baru 2013 .
Bismillah aku mulakan tulisan ini. 
Alhamdulillah Ya Allah atas segala nikmatmu selama ini .
Hambamu yang hina ini memohon agar diampunkan dosa .

2013 .
Ahlan Wa Sahlan,
Terharu rasa tatkala menulis entry kali ini.
Tatkala dentuman fireworks berbunyi di luar rumah sewa baru ini.
Tatkala housemate Aziz mengucapkan selamat tahun baru .
Alhamdulillah . Allahu Akbar .
20 tahun hidup ini .
20 tahun nyawa ini berada di muka bumi Allah.

Terasa tersentak seketika .
Memikirkan tentang segala pahit manis kehidupan sebelum ini.
Banyak dosa yang telah aku lakukan.
Tapi Allah Maha Kaya .
Allah Maha Besar
Allah kurniakan aku nyawa dan udara yang berterusan
Yang sukar untuk aku fikirkan kehebatan udara mengalir dalam setiap sudut cell badan aku.

Ya Allah . 
Di tahun baru 2013 ini ,
Aku berazam untuk memperhambakan diriku kepadamu dengan lebih dekat.
Aku berazam untuk berhijrah
Aku berazam untuk meninggalkan laranganMu.
InsyaAllah , akan ku ubah diri ku slow-2 
Akan ku cuba dan terus cuba untuk berlari ke arahmu.
Kerana aku tahu di sana tetap adaMu.

Ya Allah . 
Peliharakanlah akhlak 
Bukakanlah pintu rezeki 
Berkatilah hidup
Bukakan kelembutan hati orang di sekeliling
Tambahkanlah ilmu pengetahuan
Dan hijrahkanlah diri ke lebih baik
untuk 
Muhamad Hakim Bin Azaman@Azman 

SALAM .
XOXO A :)

No comments:

Post a Comment